Jurulatih merupakan individu yang berperanan menjaga dan memastikan keseluruhan pemain sentiasa berada pada prestasi terbaik. Bagi memastikan keseluruhan pemain berada pada paras prestasi yang terbaik, seorang jurulatih haruslah memiliki beberapa kemahiran asas yang perlu dikuasai sebagai jurulatih diantaranya adalah
1) Berdaya Aktif Secara Fizikal dan Mental
Ciri utama jurulatih ini bersifat ketua yang berkemampuan memimpin satu kumpulan yang besar. Jurulatih perlu mempunyai ketahanan fizikal yang kuat, kemampuan berfikir dan bertindak secara cepat selain cerdas dan aktif. Jurulatih yang berkesan ialah mereka yang telah melalui pelbagai pengalaman dan ini digunakan bagi membantu anak didik dan peserta di bawah jagaannya.
2) Berpengetahuan Luas
Jurulatih yang baik juga adalah mereka yang mengetahui banyak hal berkaitan pelatihan dan peraturan-peraturan di kem. Ini meliputi peraturan keselamatan, prosedur permainan, tatacara dan teknik menguruskan setiap modul yang berbeza, dan berpengalaman dalam menguruskan crowd peserta dan kumpulan-kumpulan besar.
3) Mempunyai Dorongan dan Motivasi yang Tinggi
Ciri lain juga memfokuskan jurulatih yang mempunyai sasaran berorientasikan objektif pencapaian. Sebagai contoh, kemampuan dalam menilai dan bertindak dalam situasi kecemasan memerlukan jurulatih bersifat kreatif, berfikiran terbuka, mampu membuat keputusan yang cepat dan jitu. Jurulatih berpandangan jauh dan segera bertindak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan dan praktikal dengan situasi semasa.
4) Penyabar dan Komitmen Emosi yang Kuat
Ciri terakhir yang perlu ada ialah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Mendidik, melatih dan menjaga crowd peserta yang ramai dalam fokus bidang yang berbeza bukanlah suatu kerja yang mudah. Kerenah dan ragam setiap individu/peserta dalam keadaan apa sekalipun merupakan satu cabaran yang besar kepada jurulatih. Ini kerana jurulatih berhadapan dengan potensi diri individu yang berbeza. Oleh yang demikian, tatacara dan tindak balas jurulatih juga mampu menjadi push atau pull factor kepada peningkatan diri yang lebih baik mahupun sebaliknya.

Inilah kualiti pemimpin yang dilihat dan diutamakan oleh kami di NFC. Kemampuan dan kualiti kepimpinan itu turut dititikberatkan berdasarkan pemilihan jurulatih yang terbaik untuk para pemain.
Di NFC, kami mempunyai jurulatih yang berpengalaman dan mereka adalah:
1) Coach Man (Ketua Jurulatih) - U11-U16 NFC)
2) Coach Khairil (Ketua Jurulatih U13 - U14 NFC)
3) Coach Shariff (Ketua Jurulatih U10 NFC)
4) Coach Denzo (Ketua Jurulatih U9 NFC)
5) Coach Azizi (Ketua Jurulatih U6 - U8 NFC)
Boleh masukkan gambar2 muka coaches dan details coaches
ReplyDelete