Friday, January 26, 2024

NFA kini juga dikenali dengan NFC. Kenapa NFC?

Makluman !!!

Permulaan tahun baharu yang baik.
Norman Football Academy (NFA) kini juga dikenali dengan nama baharu Norman Football Club (NFA).

Kenapa?
Tahniah kepada pihak pengurusan NFA kerana kejayaan tertubuhnya NFC. Berkat usaha gigih tanpa mengenal erti penat lelah, NFC kini setapak kehadapan dalam mengorak langkah menjadi sebuah kelab bolasepak yang digeruni dan dikenali. NFC kini telah berdaftar dengan Kementerian Belia Dan Sukan. 

Bila?
Nanti kita update dan cerita.



Wednesday, September 13, 2023

Perutusan Ketua Jurulatih NFC

 


Assalamualaikum


Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih yg tidak terhingga kepada semua player dan parent yg hadir semalam,tidak lupa juga penyokong-penyokong NFC ke perlawanan pertama yg melibatkan pasukan U12 NFC TUAH dan u10 NFC.

Memang seronok semalam, happening saya nengok..dengan sorakan semua Sungguh meriah. Alhamdullillah pasukan U12 mencatatkan kemenangan di dalam kedua-dua perlawanan dengan jaringan yg sama menewaskan Melawati Warrior dan Wangsa Junior dengan jaringan 2 - 0. Tahniah kepada penjaring gol-gol kemenangan dan di harap momentum kemenangan ini dapat di kekalkan pada setiap kali perlawanan.

Mengenai perlawanan u10 pula,pasukan ini tewas di perlawanan pertama 0 - 4  kepada pasukan Melawati Warrior dan pemain-pemain telah bangkit kembali di perlawanan kedua dengan dengan kemenangan 2–0 menewaskan pasukan Wangsa Junior. Tahniah kepada penjaring gol-gol kemenangan.

Pada perlawanan pertama saya telah menurunkan 5 pemain yg baru dan saya berpuas hati dengan prestasi mereka semua. Masih ada kekurangan yang perlu dibaiki dan menjadi tanggungjawab saya dan barisan kejurulatihan untuk meningkatkan lagi prestasi anak-anak ini bagi mengharungi baki perlawanan yang mendatang.

Head coach
Coach Man

Link Video perlawanan U12 dan U10 pada 10 September 2023 @ Brainey Bunch International School, Taman Melawati.


Untuk makluman kepada semua ibu bapa dan para pemain, video perlawanan kini boleh 
ditonton di pautan dibawah:

(1st Half) U12: NFA TUAH vs WANGSA JUNIORS - Liga StatPlay 2023 - YouTube

(2nd Half) U12: NFA TUAH vs WANGSA JUNIORS - Liga StatPlay 2023 - YouTube


(1st Half) U10: NFA 2 - 0 WANGSA JUNIORS - Liga StatPlay 2023 - YouTube

(2nd Half) U10: NFA 0 - 4 MELAWATI WARRIORS - Liga StatPlay 2023 - YouTube


Selamat menonton.

Monday, September 11, 2023

Perlawanan 1/2023 untuk anak-anak Norman Football Club.

Tahniah diucapkan kepada anak-anak Norman Football Club yang telah berjaya memenangi perlawanan pertama liga Statplay yang di adakan di Brainy Bunch International Islamic School , Taman Melawati, Malaysia. Tidak dilupakan juga kepada para ibu bapa yang hadir memberikan sokongan. You are Awesome. Next time kita buat lebih baik lagi. Tahniah kepada semua pemain dan pemenang.

U12 (1st Game | 10 August 2023) NFA T 2 - 0 MW NFA T 2 - 0 WJ

U10 (1st Game | 10 August 2023) NFA 0 - 4 MW NFA 2 - 0 WJ